Feb
25

Pengenalan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat

Sekolah ini dikenali dengan beberapa nama seperti SAMTEN (10), SAMHUL dan SAM A’SYARAH. Nama SAMTEN dan SAM A’SYARAH diambil sempena sekolah ini yang terletak di Batu 10, Cheras manakala SAMHUL diambil sempena sekolah ini terletak di kawasan Hulu Langat.

Latar Belakang Penubuhan Sekolah

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah ditubuhkan pada 1 Januari 1983 dan dibuka dengan rasmi serta beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 1983 di Sekolah Rendah Agama Batu 10, Cheras.Sekolah ini diasaskan oleh Ustaz Abdul Manaf Bin Rofaii. Beliau juga pernah bertugas di sekolah ini sebagai pengetua dari tahun 1983-1986. Pembinaan sekolah ini adalah di atas kehendak ibubapa yang ingin melanjutkan pelajaran anak-anak mereka di peringkat menengah.Pengambilan pelajar pada tahun itu seramai lebih kurang 70 orang iaitu hanya pelajar tingkatan satu sahaja. Ini disebabkan oleh bilangan kelas yang terhad iaitu hanya dua buah kelas. Tambahan pula bilangan tenaga pengajar yang sedikit iaitu seramai 4 orang guru sahaja. Di antara guru-guru yang terawal adalah seperti Ustaz Manaf, Cikgu Joseph, Cikgu Siti Zubaidah dan Ustazah Jamaliah. Setelah 6 bulan berlalu, berkat kesabaran pelajar-pelajar menyalin nota, akhirnya bekalan buku teks diterima.Hari berganti hari, bulan berganti bulan, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah ini meningkat. Ditambah pula dengan beberapa masalah lain yang dihadapi, pihak pentadbiran sekolah mengambil keputusan untuk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Batu 9, Cheras.  Namun demikian, perpindahan ini tidaklah menjanjikan keselesaan kepada para pelajar dengan keadaan persekitaran yang bising daripada pembaikian Masjid Ubudiah, Batu 9 ditambah lagi dengan kekurangan kemudahan asas seperti makmal dan bengkel serta masalah banjir kilat ekoran daripada pembangunan setempat, segalanya menjadikan impian yang diidamkan tidaklah seindah mana.Bertitik tolak daripada itu, pihak kerajaan memperuntukan sebanyak RM 6 juta untuk membina sebuah sekolah di atas tanah yang berkeluasan 7 ekar persegi. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1986 dan tergendala selama beberapa tahun. Akhirnya, kerja-kerja pembinaan siap pada tahun 1991. Walaupun sekolah ini telah berdiri selama 23 tahun, bangunan sekolah ini belum pernah dirasmikan lagi. Namun begitu, bangunan makmal komputer telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Abdul Munif Bin Kosmin pada 27 April 2003 bersamaan 25 Safar 1424.

Lokasi Sekolah

Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Sri Murni. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Pekan Batu 9, Cheras dan 7 km dari Kajang.Sekolah ini mempunyai reka bentuk pelan yang menarik dan sistematik. Bangunan utama sekolah ini ialah Dewan Az-Zamakhsyari. Kelas-kelas yang terletak di Blok A dan Blok B terletak berhampiran dengan dewan. Dewan pula terletak di sebelah kantin. Ini memudahkan pelajar untuk membeli makanan dan minuman di kantin dengan lebih cepat. Asrama Putera terletak bersebelahan dengan asrama puteri. Dewan Makan Asrama pula terletak di antara dua bangunan tersebut. Ini memudahkan pelajar pulang ke asrama dengan lebih cepat selepas makan di dewan makan.Sekolah ini mempunyai reka bentuk pelan yang menarik dan sistematik. Bangunan utama sekolah ini ialah Dewan Az-Zamakhsyari. Kelas-kelas yang terletak di Blok A dan Blok B terletak berhampiran dengan dewan. Dewan pula terletak di sebelah kantin. Ini memudahkan pelajar untuk membeli makanan dan minuman di kantin dengan lebih cepat. Asrama Putera terletak bersebelahan dengan asrama puteri. Dewan Makan Asrama pula terletak di antara dua bangunan tersebut. Ini memudahkan pelajar pulang ke asrama dengan lebih cepat selepas makan di dewan makan.

Makna Lencana Sekolah

·        Hijau: Menggambarkan semangat jihad dikalangan pelajar sekolah ini untuk berjaya dalam pelajaran

·        Merah: Merah itu berani. Keberanian adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk berjaya di dalam akademik mahupun kokurikulum.

·        Putih: Melambangkan agama Islam itu suci.

·        Bulan & bintang: Objek ini melambangkan perpaduan yang wujud antara guru dan pelajar sekolah ini. Ia juga melambangkan keunggulan agama Islam itu sendiri.

·        Kuning: Merah dan kuning akan membentuk bendera negeri Selangor Darul Ehsan. Ini bermakna sekolah ini adalah di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.