Info

PIAGAM SEKOLAH

Seluruh warga Sekolah Agama Menengah Hulu Langat berjanji dan bersetuju untuk :

1) Sentiasa memberi salam dan menyebarkan salam dan mewujudkan suasana yang mesra dan ramah ketika bekerja

2) Sentiasa peka dengan aliran perkembangan semasa mengambil tindakan segera terhadap sebarang masalah yang timbul

3) Memberi perhatian terhadap segala aduan dan isu yang ditimbulkan oleh ibubapa bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan sekolah

4) Mengakui bahawa pelajar itu merupakan pelanggan sekolah yang memerlukan khidmat terbaik dan pengajaran yang sempurna

5) Menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memberi imej yang baik tentang sekolah terhadap masyarakat sekitar

6) Menepati waktu dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan agar benar-benar memberi sumbangan yang bermakna terhadap pembangunan pendidikan dan pembangunan insan

VISI SEKOLAH

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat bermatlamat untuk melahirkan insan pelajar yang berbudaya cemerlang,mempunyai iltizam dan komited menimba dan menyebarkan ilmu,seimbang rohani dan jasmani,mempunyai daya saing dan menunjukkan inisiatif untuk berjaya, sentiasa berfikiran terbuka,memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa dan mendepani setiap cabaran yang mendatang

MISI SEKOLAH

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat berazam dan bertekad untuk melahirkan generasi pelajar yang dapat :

1) Menghiasi diri dengan akhlak dan peribadi mulia

2) Menunjukkan contoh yang baik ke tengah masyarakat

3) Menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum

4) Menonjolkan potensi yang baik dalam segala bidang dan menjadi kebanggaan kepada pihak sekolah

5) Menjadi Alumni yang sentiasa menyumbang dan menabur jasa kepada pihak sekolah

No Responses to “Info”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: